Jumaat, 13 Ogos 2010

3 RAMADHAN

Seronoknya Ramadhan. Semua orang meraikannya, orang bukan muslim juga meraikannya, meraikannya dengan perniagaan laku. Orang tua seronok budak budak dan kanak  kanak juga seronok. Yang berpuasa seronok yang tak puasa lagi seronok, seronok curi-curi makan, tak tau le nanti nak jadi apa. Bila nak ber TAUBAT.
Sebenarnya kita hanya ada  3 Ramadhon. Ramadhan pertama telah berlalu, tahun sudah dan tahun tahun sebelumnya. Kita sudah laluinya tak tahu adakah kita telah mendapatnya atau menepati apa kehendak Allah sebagai mana sunah Rasullulah. Kalau menepati kehendak mendersah Ramadhan tentulah kita menjadi orang yang berTAQWA.
Ramadhan ke dua yang kita sedang berada didalammnya. Sekarang ini. Apakah kita hendak biarkan ia berlalu bagitu sahaja, berlalu tanpa kita mengambil apa-apa keuntungan darinya. Rugi dan celakalah orang yang berada didalam bulan ramadhan tetapi tidak mendapat apa-apa dari ramadhan. Tidak mendapat Rahmat Allah, tidak mendapat keampunan dari Dosa dan Tidak dilepaskan dari Api Neraka. Sebelum ramadhan meninggalkan kita mari kita Chek List dirikita di hari ketiga Ramadhan ini.
Adakah kita turut serta melihat anak bulan semasa menentukan awal puasa tempoh hari. Apakah kita berdoa semasa melihat hilal. Dari Thalhah bin Ubaidillah. Sesungguhnya bila nabi SAW melihat Hilal. Baginda berdoa. "Wahai Tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami engan aman dan Iman, dengan selamat dan Islam. TuhanKu dan TuhanMu adalah Allah, Hilal yang benar dan Baik (HR Tarmizi Hadith Hasan).
Adakah kita telah berniat berpuasa dan makan Sshur, adakah  kita bersahur dengan KURMA.
adakah kita meninggalkan Ucapan, kata-kata danperbuatan Sia-sia, atau adakah kita telah menahan sabar, menahan diri dari cercacaan orang. Apakah kita menyegerakan berbuka puasa dengan buak Kurma. Berdoakah kita di bulan ramadhan dan memperbanyakkan doa semasa hendak berbuka puasa. Apakah kita telah mendapat pahala menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Adakah anak-anak kita terdidik dengan berpuasa. MacaM mana malam-malam ramadhan kita adakah di hidupkan dengan solat Taraweh. Sedekah, dan usaha mencari LAILATUL QADAR.
Ramadhan ke tiga tahun hadapan dan yang akan datang belum tentu kita akan berjumpa atau ketemui. Kerana nyawa kita ada 3 sahaja.. Nyawa semalam kita telah gunakan sampai habis, yang tinggal hanya Nyawa hari ini dan Nyawa esok belum tentu dapat kita miliki. Oleh demikian PULUN lah Ramadhan ini semahu-mahunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan