Jam 0106hrs ketika
bumi digelapi waktu malam, unggas pun sudah letih berbunyi, ketika manusia
tidor dengan lenanya. Seorang Ibu dalam kesakitan dan kebimbangan. Difikirannya terlintas apakah usianya setakat malam ini?
atau akan dapat berjumpa fajar sebentar lagi. Alhamdulillah berkat kesabaran
dan ketabahan selama 9 bulan 22.01.2001
lahirlah seorang putera berserta tangisannya ke dunia yang penuh dengan ujian,
dihujung zaman yang bergolak dengan noda dan kebencian. Tangisan ini membuat semua makhluk berasa gembira, manusia
gembira, haiwan dan tumbuhan gembira, bukit bukau gembira, gunung dan lautan gembira,
paya dan sungai gembira, jin dan syaitan turut gembira. Azan dibacakan di telinga kanan dan Iqamah di
telinga kiri membuatkan syaitan dan iblis sedih dan menangis. Makhluk dibumi
dan langit bergembira. Emak dan abah turut gembira “Insan yang dilahirkan membawa bersamanya rezeki untuk alam”
10 tahun sudah. 22.01.2011 menjelma Selamat Hari Lahir buat Ariff Husaini semoga
berbahagia, sihat sejahtera dan panjang umur. 10 tahun menandakan beberapa
kewajipan telah terletak keatas diri. Semoga sabar dan tabah menunaikannya.
Buat Ariff Husaini
yang dikasihi. Emak dan Abah berpesan
sebagaimana Lukman Al Hakim berpesan
kepada anaknya. Semoga pesanan Lukman ini menjadi penyuluh dan petunjuk bagi mu
untuk Selamat dunia dan akhirat.
Wahai anakku!
Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah
adalah benar-benar kezaliman yang besar.
Wahai anakku! Berbuat
baiklah kepada kedua orang tuamu. Ibumu telah mengandungkan mu dengan keadaan
lemah yang bertambah-tambah dan menyusukan mu.
Wahai anakku!
Sesungguhnya jika ada sesatu perbuatan sekalipun seberat biji sawi serta ia
tersembunyi didalam batu besar atau dilangit atau pun di bumi, nescaya Allah
akan member mu balasan. Sesunggunya Allah Maha mengatahui lagi Maha Teliti.
Wahai anakku
dirikanlah Solat. (Al Quran An Nisa ayat 103 “Sesungguhnya Solat itu adalah
kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman)
Wahai anakku buatlah
kebaikan dan serulah mengerjakan kebaikan.
Wahai anakku cegahlah
daripada perbuatan mungkar.
Wahai anakku
bersabarlah terhadap apa yang menimpa mu. Sesungguhnya demikian itu termasuk
hal-hal yang diwajibkan Allah.
Wahai anakku
janganlah berlagak sombong.
Wahai anakku
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang sombong lagi angkuh.
Wahai anakku
rendahkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara kaldai.
Wahai anakku jadilah
orang yang Amanah
Wahai anakku jadilah
orang yang rajin.
Wahai anakku jadilah
orang yang bijak pandai.
Wahai anakku sebarkan
Salam
Wahai anakku engkau
tidak akan merasa menyesal sedikitpu sebab diam. Kerana bercakap itu adalah
perak sedangkan diam adalah emas.
Wahai anakku
tinggalakn perbuatan buruk nescaya ia akan menjauh daripada mu, kerana
perbuatan buruk itu diciptakan untuk orang yang jahat.
Wahai anakku
berhati-hatilah memilih sesatu majlis. Apabila kamu berjumpa majlis mengingati
Allah, segeralah kamu ikut duduk bersama mereka. Kerana kalau sekiranya kamu
orang alim, ia akan bermanafaat pada kealiman mu, jika engkau orang yang bodoh
ia akan memberikan pengajaran kepada mu dan Allah akan mencurahkan rahmat
kepada mereka yang mengena juga kepada mu.
Wahai anakku
janganlah engkau duduk didalam majlis yang tidak mengingati Allah, jika engkau
seorang yang pandai, kia tidak akan mmemberikan manafaat kepada mu, dan jika
engkau seorang yang bodoh, maka akan bertambah-tambahlah kebodohan mu, akibat
ikut berada di majlis yang lupa kepada Allah itu. Di samping itu Allah marah
kepada mereka dan kamu akan mendapat kemarahan Allah, sama seperti mereka juga.
Kami mohon restu dan hidayah pada Mu Ya Allah berkatilah dan limpahkanlah rahmat keatas Ariff Husaini. bahagiakan dia, jadikanlah dia anak yang Soleh, dekatkanlah dia kepada kebaikan dan jauhkanlah dari keburukan dan kemurkaan Mu Ya Allah dan kurniakanlah kepadanya kebaikan dan kesenangan didunia dan akhirat