Ahad, 23 Januari 2011

YANG MENGATAHUI KEBAIKAN KU


Jam 0106hrs ketika bumi digelapi waktu malam, unggas pun sudah letih berbunyi, ketika manusia tidor dengan lenanya. Seorang Ibu dalam kesakitan dan kebimbangan.  Difikirannya  terlintas apakah usianya setakat malam ini? atau akan dapat berjumpa fajar sebentar lagi. Alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan selama 9 bulan  22.01.2001 lahirlah seorang putera berserta tangisannya ke dunia yang penuh dengan ujian, dihujung zaman yang bergolak dengan noda dan kebencian. Tangisan ini  membuat semua makhluk berasa gembira, manusia gembira, haiwan dan tumbuhan gembira, bukit bukau gembira, gunung dan lautan gembira, paya dan sungai gembira, jin dan syaitan turut gembira.  Azan dibacakan di telinga kanan dan Iqamah di telinga kiri membuatkan syaitan dan iblis sedih dan menangis. Makhluk dibumi dan langit bergembira. Emak dan abah turut gembira  “Insan yang dilahirkan  membawa bersamanya rezeki untuk alam”
10 tahun sudah.  22.01.2011 menjelma  Selamat Hari Lahir buat Ariff Husaini semoga berbahagia, sihat sejahtera dan panjang umur. 10 tahun menandakan beberapa kewajipan telah terletak keatas diri. Semoga sabar dan tabah menunaikannya.
Buat Ariff Husaini yang dikasihi.  Emak dan Abah berpesan sebagaimana Lukman Al  Hakim berpesan kepada anaknya. Semoga pesanan Lukman ini menjadi penyuluh dan petunjuk bagi mu untuk Selamat dunia dan akhirat.
Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.
Wahai anakku! Berbuat baiklah kepada kedua orang tuamu. Ibumu telah mengandungkan mu dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukan mu.
Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesatu perbuatan sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi didalam batu besar atau dilangit atau pun di bumi, nescaya Allah akan member mu balasan. Sesunggunya Allah Maha mengatahui lagi Maha Teliti.
Wahai anakku dirikanlah Solat. (Al Quran An Nisa ayat 103 “Sesungguhnya Solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman)
Wahai anakku buatlah kebaikan dan serulah mengerjakan kebaikan.
Wahai anakku cegahlah daripada perbuatan mungkar.
Wahai anakku bersabarlah terhadap apa yang menimpa mu. Sesungguhnya demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan Allah.
Wahai anakku janganlah berlagak sombong.
Wahai anakku janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi angkuh.
Wahai anakku rendahkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara kaldai.
Wahai anakku jadilah orang yang Amanah
Wahai anakku jadilah orang yang rajin.
Wahai anakku jadilah orang yang bijak pandai.
Wahai anakku sebarkan Salam
Wahai anakku engkau tidak akan merasa menyesal sedikitpu sebab diam. Kerana bercakap itu adalah perak sedangkan diam adalah emas.
Wahai anakku tinggalakn perbuatan buruk nescaya ia akan menjauh daripada mu, kerana perbuatan buruk itu diciptakan untuk orang yang jahat.
Wahai anakku berhati-hatilah memilih sesatu majlis. Apabila kamu berjumpa majlis mengingati Allah, segeralah kamu ikut duduk bersama mereka. Kerana kalau sekiranya kamu orang alim, ia akan bermanafaat pada kealiman mu, jika engkau orang yang bodoh ia akan memberikan pengajaran kepada mu dan Allah akan mencurahkan rahmat kepada mereka yang mengena juga kepada mu.
Wahai anakku janganlah engkau duduk didalam majlis yang tidak mengingati Allah, jika engkau seorang yang pandai, kia tidak akan mmemberikan manafaat kepada mu, dan jika engkau seorang yang bodoh, maka akan bertambah-tambahlah kebodohan mu, akibat ikut berada di majlis yang lupa kepada Allah itu. Di samping itu Allah marah kepada mereka dan kamu akan mendapat kemarahan Allah, sama seperti mereka juga.

Selamat Hari Lahir buat Ariff Husaini.
Kami mohon restu dan hidayah pada Mu Ya Allah berkatilah dan limpahkanlah rahmat keatas Ariff Husaini. bahagiakan dia, jadikanlah dia anak yang Soleh, dekatkanlah dia kepada kebaikan dan jauhkanlah dari keburukan dan kemurkaan Mu Ya Allah dan kurniakanlah kepadanya kebaikan dan kesenangan  didunia dan akhirat 



1 ulasan: