Kerajaan telah mengumumkan mata pelajaran
Sejarah wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan mengambil pendekatan menjadikannya sebagai
subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.
Tahniah buat kementerian Pelajaran dan Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin
Haji Mohd Dom mantan Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran
Malaysia. Harap Kementerian juga dapat
menjadikan Pendidikan Islam dan
Moral subjek teras. Sudah lama Biado
fikirkan mengapa kementerian tidak jadikan tiga subjek ini mata pelajaran Wajib
lulus. Kerana subjek ini boleh meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar.
Hujung tahun 2010 bawa keluarga bergembira di
Pulau Pangkor seronok sekali. Masa sekolah Menengah dulu pernah berkunjung di
Pulau Pangkor, setelah 35 tahun berkunjung semula dan dapati banyak perubahan yang berlaku. Rasanya masa mendatang lebih
banyak perubahan kerana MB Perak berasal dari Pulau ni..
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dalam
ingatan. Sejarah ni belajar ketika disekolah menengah. Rasa-rasanya sekitar
tahun 1974 setelah 100 tehun perjanjian ditandatangani antara Raja Abdullah dengan
Sir Andrew Clarke. Sejarah bermula dengan Kemangkatan
Sultan Ali 1871, berlakulah perebutan kuasa antara Raja Abdullah dan Raja
Ismail. Pada masa yang sama, berlaku
permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin dan Hai San berebut
lombong bijih timah.. Raja Abdullah telah di sokong Kumpulan Ghee hin dan Raja
Ismail disokong Ngah Ibrahim dan Hai San. Ini menyebabkan pembesar Melayu berpecah
dan berpuak-puak. Kumpulan yang berbalah menambah kekuatan mereka dengan
membawa masuk pejuang dan senjata dari Singapura dan Cina. Pergaduhan merebak
kematian dan kemusnahan harta berlaku sehingga tidak terkawal. Pergaduhan
merebak hingga ke Kerian, Pangkor, dinding dan Pulau Pinang. Orang Putih
(British) mengambil kesempatan perepecahan orang Melayu ini untuk campur tangan
di Perak. Lahirlah Frank Swettenham dan William Pickering. Akibatnya Pembesar-pembesar
Melayu dan Orang Kaya Menteri Paduka
Tuan Ngah Ibrahim hilang kuasa, juga
kehilangan hak untuk memungut cukai.
Sejarah Perjanjian Pangkor telah berlalu lebih
100 tahun lalu.
Apakah
perbalahan UMNO, PAS dan Keadilan akan menjadikan pembesar-pembesar Melayu KIni
juga akan kehilangan kuasa? seperti Ngah
Ibrahim. Benarkah Pembesar-pembesar kita telah mengadu hal kepada Amerika dan
sekutunya?. Apakah Amerika akan datang ke Malaysia sebagai mana mereka pergi ke
Iraq? atau seperti British mendamaikan perbalahan di Larut?. Apakah perbalahan DAP, MCA dan Gerakan
seperti pergaduhan puak Ghee Hin dan Hai San?. Atau Cuma untuk menyedapkan hati
Melayu yang berbalah?. Melayu tak
sukakan Birch tapi apakah kita biarkan
hanya Datuk Maharajalela sahaja menerima hukuman gantung.
Inilah subjek Sejarah yang perlu kita pelajari.
Sejarah berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan