Ahad, 16 Januari 2011

Bermain dengan ISU


Hari-hari ada Isu, pandai pulak mereka memainkan Isu. Yang kecik menjadi besar, yang dingin dipanaskan menjadi  membara.  Sama-sama nak pekena lawan. Mula-mula  dilantiklah  Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru. Menteri Besar tak tahu, Kerajaan Selangor lagi tak tahu. Gaduh sakanlah disini kata tak hormati suara rakyat Selangor. Yang sana kata ikut peraturan  pelantikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Habis dengan Sultan  terpalit. Timbul pulak kontroversi  kes menghina Sultan ADUN  Sri Muda,  Shuhaimi Shafiei menghina Sultan Selangor.  ”beraja di mata, bersultan di hati”. Ramailah yang nak tujuk hebat, buat repot sana buat repot sini. Polis pun siasatlah…….Ada juga yang nak minta hukum gantung  yang kritik Sultan.  Ada juga rakyat yang berpendapat  . Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.  Setuju dengan pendapat ini……Dalam dok layan isu ni lupa rupanya minyak masak tak ada di pasaran, rupa-rupanya minyak kenderaan pun dah naik harga. Baru nak fikir macam mana nak mencana belanja  harian dengan kenaikan harga barang-bnarang. Timbul pulak Isu  Novel Interlok, marahnya segelintir orang India, sampai bakar-mebakar yang peliknya Si  Datuk T Murugiah Timbalan Menteri pun sama. Patutnya si dia ni lagi pandailah takkan taktahu nak jumpa dengan Menteri Pelajaran kot.  Mungkin nak cari publisiti murahan. Nak bodek le tu,  baru jadi ahli MIC mana tahu PR13 boleh jadi calun. Sebenarnya dia orang ni tak tahu nak bezakan Novel dan buku sejarah ,  Itu yang tentang sangat. Teringin sangat nak baca Novel  ni. Sejak bincang dengan isu ni lupalah pulak Isu buang bayi, jenayah kes cucu bunuh atok. Pandai wartawan mainkan isu sampai satu Malaysia gempaQ.  Menteri nasihat jangan politikkan isu ini, ustaz  pun keluarkan pendapat, orang ramai pun bercakap-cakap, yang menulis dengan  ulasannya. Semua rakyat jelata berhak  menyatakan pendapat, membantah dan sebagainya.  Timbul pulak isu Azan terlampau kuat  di Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi.  Yang komplen tu peguam bukan Islam. Mungkin di nak test orang Islam di kawasan tu, “Azan amat lantang tapi masjid tak penuh pun” mudah-mudahan dengan ujian ini  majsid akan di penuhi .  Walau bagai manapun kita haraf JAWI tidak menghalang Azan dilaungkan di Masjid-masjid. Kerana  Azan syariat Islam dan pembacanya  di kehendaki mengangkat  suara.   Yang lagi panas isu  Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari  digantung kerja  keran  proses siasatan majikannya Utusan Melayu Bhd kerana komen-komennya di media. Seingat kita dia komen kerana Utusan terlalu memihak kepada satu parti menyebabkan jualan merosot. Tau-tau kena gantung kerja. Rupanya Utusan ni tak boleh di keritik, dia hentam orang boleh pulak.  Semoga Hata Wahari tabah menghadapi dugaan. Sebelum  kita menutup Isu yang tak habis-habis ni, teringatlah pulak MP Serdang Teo Nie Ching senamrobik di masjid pakai baju ketat . penun  dengan  kontroversi . Meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara
"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?"   katanya  beliau keliru.  Semoga kita tidak keliru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan