Jumaat, 7 Januari 2011

Dirumah macam mana

Tengahari tadi pi beli nasi bungkus di Brani restoran, depan rumah aja. Q punya panjang, demi perut dan tekak beratur juga le. Nampak aksi dirumah dia macam mana? Sampai giliran seorang perempuan, setelah mengambil nasi letakkan sudu dalam pinggan, tiba-tiba sudu terjatuh kelantai, Si perempuan ni buat do-no aja (buat tak reti). tak kutip  sudu yang jatuh. Dalam hati berkata,dah buat jatuh kutip le balik, susah sangat ke. sudu tu bukan ada sayap nak terbang. Di rumah macam mana?. Yang hairan lagi tu, orang berhampiran pun buat Do No aja, tak ada  yang nak tolong kutip letak atas meja, "kat sekolah dulu cikgu tak pernah habaQ ka" pakai kemas baju batik pulak tu, nasib engkau le sudu. Yang cantiknya lagi, orang yang lalu tak terpijak pulak. Dia orang nampak sudu tu, tapi dia oran ingat,  sudu tu macam dia orang jatuh boleh bangun sendiri. Terkakulah sudu sendirian di atas lantai sehinggalah Biadoho menganakatnya keatas meja, tak penat dan berpeloh pun. Amalkan Tingkah Laku Terpuji.
Satu lagi kisah orang buang sampah. Kalau kat rumah tak buang merata-rata pun. Tapi kalau tempat awam, tak segansilu buang ikut sukahati aja. Tak rasa malu langsung. "Kebersihan separuh dari Iman"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan