Ahad, 23 Oktober 2011

Masna Kiswah


 Sampai dibilik  302  Tingkat 3  Rumah Hassan Al Khazinda Mekah. Saya pun ceritalah peristiwa melawat Muzium Haramain dan Masna Kiswah. Kawan-kawan sebilk pun tanya Masna Kiswah dekat mana? Macam mana kesana? Dekat dengan muzium, mula-mula nak pergi jalan kaki aja , tiba-tiba bas rombongan jemah haji Indonesia berhenti dekat kami dan ajak naik. Kata kepala rombongan kalu berdua takkut tidak dibenarkan masuk (dalam hati ialejuga). Kami pun ikut rombongan tersebut. Alhamdulillah apabila sampai waktu melawat kami dan rombongan di benarkan mesuk dan melawat.
                                                         Bergambar didalam kawasan bangunan
 bersama seorang pekerja sedang menjahit kelambu kaabah
 Jemaah Indonesia berebut nak mendapatkan benang emas
 Bersama Jemaah yang baik hati
 Kain yang terdapat didalam kaabah


Jumaat, 21 Oktober 2011

Museum Mekah


 Mahattatul Utubisi dibawah Masijidil-Haram
Selesai sembahyang Dzuha diMasjidil-Haram, semenatar menunggu panggilan Isteri, mata menatap kearah Kaabah, fikiran pun berpusing, lepas minum nanti nak buat apa? Nak pergi mana?. Ukuf diArafah lambat lagi. Teringatlah cerita kawan, semalam dia mengikuti rombongan melawat Muzium dan dapat melihat perkakas  lama Masjidil-Haram, seperti mimbar, menara, dan sebagainya. Hati pun tertaik hendak sampai kesana, tetapi peluang telah terlepas. Mendaftar ikut rombongan disaat akhir menyebabkan dua buah bas telah penuh.  Selesai sarapan diRestoren Felda di As Safwah Tower. Ajaklah isteri kestesen bas, saja nak cuba-cuba.
S…How to-go to museum?
A...Bus number six
S…TQ
Itulah perbualan  dengan penjaga kuanter pertanyaan stesen bas (mahattatul utubis) diKota Mekah. Kami pun carilah bas nombor enam. Sampai dipintu bas nombor eanam, sebelum naik bertanyalah kepada pemandu
S…Museum?.
P…Kiswah
S…LaQ (tidak) museum
P…Kiswah
Kekuanter bas sekali lagi.
S….Museum?
A….Bas number six, bus number six (katanya berulang kali)
Fahamlah aku bas nombor enam, sekali pergi ke bas yang sama dan bertanya.
S….Museum?
P….Kiswah?
Mujurlah masa itu ada beberapa orang penumpang, agak faham dan berkata sesuatu kepada pemandu bas dalam bahasa Arab. (apa yang diperkatakan mereka kami tak faham). Pemandu pun menganguk dan pelawa kami naik. Sampai ditangga terakhir, pemandu menunjukkan isyarat dua dengan jari dan mengarahkan memasukkan kedalam lubang tabung disebelahnya. Wang satu rial empat keping  pun dimasukkan dan terus mencari tempat duduk. Beri tahu kepada isteri, jangan risau, bas ini kalau pergi kemana pun pasti balik kekawasan Masjid Haram.
 Sayyaratun
Perjalanan agak lama juga, penumpang silih berganti turun dan naik, bas loncat le katakana. Melihat keadaan penumpang  kesemuanya penduduk tempat. Rasanya kami berdua sahaja orang luar. Penumpang semakin kurang, seolah-olah bas sudah menghampiri distesennya.  Sampai disatu kawasan agak jauh juga dari deretan bangunan dan seolah-olah kawasan kilang perushaan, pemandu  memberhentikan bas dan mengatakan sesatu dalam bahasa arab,  jarinya menunjukkan kearah bangunan. (Fahaman dikepala kami dah sampai itu  muzium). Kami pun turun  terus menghala kepintu pagar, difikiran terlintas macam mana nak masuk?, boleh ke masuk?. Nak cakap macam mana? Sampai dipintu pagar, kami terus disapa seorang anak muda, berwajah orang arab dalam bahasa melayu yang fasih, mana rombongan? Berdua saja? Saya menjawab Ya berdua saja, boleh masuk?. Jawabnya ya, boleh masuk silakan. Bayangkanlah perasaan ketika itu Allah sahaja yang mengatahuinya. Allah mempermudahan urusan kami, Allah melancarkan perjalanan kami. Pertama kali memijak bumi arab, tidak reti cakap arab, tiada panduan perjalanan dan peta, orang kata main redah aj. Muzium dapat dilawati.
 Bergambar disalah satu tiang didalam kaabah
 Tangga penjaga kaabah untuk membuka pintu
 Bersama Menaret menara lama
Semasa hendak keluar pengawal dipintu pagar memberitahu sesatu dan tanggannya menunjukkan kearah bangunan disebelah kawasan muzium. Perkataan yang faham hanyalah “Kiswah”. Kami menganguk dan menghala ke bangunan yang ditujukkan. Didalam fikiran sekarang barulah faham. Bangunan Muzium dan bangunan Kiswah berhampiran.    

Sabtu, 15 Oktober 2011

MANDAILING


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pertubuhan Saroha (sehati) Mandailing Ayer Tawar Perak. Yang diketuai En. Suhainol Balqiah Suhaimi Nasution dan ahli jawatankuasanya kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Perhimpunan Anak Anak Mandailing Semalaysia (zun utara). Ternyata majlis tersebut mengembirakan halak Mandailing, terutama halak-halak yang hadir. Horas  sudena. "Na dao ita pasolkot tu na donok ita pature"
Ujian darah nak pastikan Mandailing ori
Pasal cerita Suku kaum Mandiling ini, kata ceritanya berasal dari pendalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera Indonesia. Selepas berlakunya perperangan Padri sekitar tahun 1816. Orang Mandailing yang kurang senang dengan penjajah Belanda telah berhijarah beramai-ramai ke Tanah Melayu.  
En. Danial B. Nokman
Orang Mandiling terbahagi kepada beberapa puak atau marga seperti Lubis, Nasution, Harahap, Hasibuan, Serigar.  Orang Mandiling ramai terdapat di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
 Hj. Abd. Ghani b. Ibrahim tokoh perpaduan
 Bersama Hjh. Kalsom bt. Abu Bakar
                                
Daun ubi tumbuk (bulung gadung)    Manuk ditutung
 Sedikit cara penyediaan Gulai daun ubi tumbuk. 
1. Pucuk ubi, bawang merah, bawang putih cili dan kunyit  ditumbuk hancur
2. Masukkan dalam periuk dan santan dan nyalakan api. 
3. Jangan lupa taruh garam kalau nak sedap lagi campur ikan bilis atau ikan keli bakar.   
Gulai pucuk ubi, pais ikan dan ayam bakar makanan kebesaran orang Mandailing
 Hj. Abd. Aziz Menerima anugerah Tokoh perpaduan
 Hj. Idris b. Hj. Abd. Karim Nasution
Pengarah Habkun Properties Sdn.Bhd Penaja Majlis
 
 
 
 

Sikap yang istimewa yang  ada pada orang Mandiling hubungan keluarga yang cukup akrab, layanan terhadap tetamu, budibicara dan sikap jujur .