Jumaat, 21 Oktober 2011

Museum Mekah


 Mahattatul Utubisi dibawah Masijidil-Haram
Selesai sembahyang Dzuha diMasjidil-Haram, semenatar menunggu panggilan Isteri, mata menatap kearah Kaabah, fikiran pun berpusing, lepas minum nanti nak buat apa? Nak pergi mana?. Ukuf diArafah lambat lagi. Teringatlah cerita kawan, semalam dia mengikuti rombongan melawat Muzium dan dapat melihat perkakas  lama Masjidil-Haram, seperti mimbar, menara, dan sebagainya. Hati pun tertaik hendak sampai kesana, tetapi peluang telah terlepas. Mendaftar ikut rombongan disaat akhir menyebabkan dua buah bas telah penuh.  Selesai sarapan diRestoren Felda di As Safwah Tower. Ajaklah isteri kestesen bas, saja nak cuba-cuba.
S…How to-go to museum?
A...Bus number six
S…TQ
Itulah perbualan  dengan penjaga kuanter pertanyaan stesen bas (mahattatul utubis) diKota Mekah. Kami pun carilah bas nombor enam. Sampai dipintu bas nombor eanam, sebelum naik bertanyalah kepada pemandu
S…Museum?.
P…Kiswah
S…LaQ (tidak) museum
P…Kiswah
Kekuanter bas sekali lagi.
S….Museum?
A….Bas number six, bus number six (katanya berulang kali)
Fahamlah aku bas nombor enam, sekali pergi ke bas yang sama dan bertanya.
S….Museum?
P….Kiswah?
Mujurlah masa itu ada beberapa orang penumpang, agak faham dan berkata sesuatu kepada pemandu bas dalam bahasa Arab. (apa yang diperkatakan mereka kami tak faham). Pemandu pun menganguk dan pelawa kami naik. Sampai ditangga terakhir, pemandu menunjukkan isyarat dua dengan jari dan mengarahkan memasukkan kedalam lubang tabung disebelahnya. Wang satu rial empat keping  pun dimasukkan dan terus mencari tempat duduk. Beri tahu kepada isteri, jangan risau, bas ini kalau pergi kemana pun pasti balik kekawasan Masjid Haram.
 Sayyaratun
Perjalanan agak lama juga, penumpang silih berganti turun dan naik, bas loncat le katakana. Melihat keadaan penumpang  kesemuanya penduduk tempat. Rasanya kami berdua sahaja orang luar. Penumpang semakin kurang, seolah-olah bas sudah menghampiri distesennya.  Sampai disatu kawasan agak jauh juga dari deretan bangunan dan seolah-olah kawasan kilang perushaan, pemandu  memberhentikan bas dan mengatakan sesatu dalam bahasa arab,  jarinya menunjukkan kearah bangunan. (Fahaman dikepala kami dah sampai itu  muzium). Kami pun turun  terus menghala kepintu pagar, difikiran terlintas macam mana nak masuk?, boleh ke masuk?. Nak cakap macam mana? Sampai dipintu pagar, kami terus disapa seorang anak muda, berwajah orang arab dalam bahasa melayu yang fasih, mana rombongan? Berdua saja? Saya menjawab Ya berdua saja, boleh masuk?. Jawabnya ya, boleh masuk silakan. Bayangkanlah perasaan ketika itu Allah sahaja yang mengatahuinya. Allah mempermudahan urusan kami, Allah melancarkan perjalanan kami. Pertama kali memijak bumi arab, tidak reti cakap arab, tiada panduan perjalanan dan peta, orang kata main redah aj. Muzium dapat dilawati.
 Bergambar disalah satu tiang didalam kaabah
 Tangga penjaga kaabah untuk membuka pintu
 Bersama Menaret menara lama
Semasa hendak keluar pengawal dipintu pagar memberitahu sesatu dan tanggannya menunjukkan kearah bangunan disebelah kawasan muzium. Perkataan yang faham hanyalah “Kiswah”. Kami menganguk dan menghala ke bangunan yang ditujukkan. Didalam fikiran sekarang barulah faham. Bangunan Muzium dan bangunan Kiswah berhampiran.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan