Sabtu, 15 Oktober 2011

MANDAILING


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pertubuhan Saroha (sehati) Mandailing Ayer Tawar Perak. Yang diketuai En. Suhainol Balqiah Suhaimi Nasution dan ahli jawatankuasanya kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Perhimpunan Anak Anak Mandailing Semalaysia (zun utara). Ternyata majlis tersebut mengembirakan halak Mandailing, terutama halak-halak yang hadir. Horas  sudena. "Na dao ita pasolkot tu na donok ita pature"
Ujian darah nak pastikan Mandailing ori
Pasal cerita Suku kaum Mandiling ini, kata ceritanya berasal dari pendalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera Indonesia. Selepas berlakunya perperangan Padri sekitar tahun 1816. Orang Mandailing yang kurang senang dengan penjajah Belanda telah berhijarah beramai-ramai ke Tanah Melayu.  
En. Danial B. Nokman
Orang Mandiling terbahagi kepada beberapa puak atau marga seperti Lubis, Nasution, Harahap, Hasibuan, Serigar.  Orang Mandiling ramai terdapat di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
 Hj. Abd. Ghani b. Ibrahim tokoh perpaduan
 Bersama Hjh. Kalsom bt. Abu Bakar
                                
Daun ubi tumbuk (bulung gadung)    Manuk ditutung
 Sedikit cara penyediaan Gulai daun ubi tumbuk. 
1. Pucuk ubi, bawang merah, bawang putih cili dan kunyit  ditumbuk hancur
2. Masukkan dalam periuk dan santan dan nyalakan api. 
3. Jangan lupa taruh garam kalau nak sedap lagi campur ikan bilis atau ikan keli bakar.   
Gulai pucuk ubi, pais ikan dan ayam bakar makanan kebesaran orang Mandailing
 Hj. Abd. Aziz Menerima anugerah Tokoh perpaduan
 Hj. Idris b. Hj. Abd. Karim Nasution
Pengarah Habkun Properties Sdn.Bhd Penaja Majlis
 
 
 
 

Sikap yang istimewa yang  ada pada orang Mandiling hubungan keluarga yang cukup akrab, layanan terhadap tetamu, budibicara dan sikap jujur .






Tiada ulasan:

Catat Ulasan