Dalam bajet
Kali ni kita
beri tabik pada Dato Sri PM kerana merangka
bajet luar biasa 2012. Bajet kali ini dilihat memihak kepada kakitangan
kerajaan. Salah satu yang menariknya lanjutan umur persaraan dari 58 kepada 60
tahun. Harap harap kelulusan ini tidak menyekat peluang pekerja muda. Rasanya Datuk Omar Osman
bolehlah tersenyum panjang.
Luar bajet.
W…Macam mana 60 saing ke?
A…Ya
W…Tak dan beramal le…..(tak
sempat nak beramal)
A….Insyaallah, ada masa.
Hairan juga, kat dia ni, kalau sambung
sampai umur 60 tahun tak sempat nak beramal. apa maksud dia ni?
Masa terlentang,
diatas lantai simen rumah, lengan tangan kanan pun diletakkan diatas dahi kepala, fikiran pun melayang dan buatlah persoalan
sendiri dan jawab sendiri.
1.
Mengapa nak tunggu pencen baru nak beramal?
2.
Masa kerja tak boleh beramal ke?
3.
Selama hari ni, tak pernah buata amalan ke?
4.
Masa senang baru nak buat amalan.
5. Apa maksud dia tak dan beramal
Itulah orang kita, nak
buat amalan nak tunggu tua, nak tunggu senang. Anggapan amalan hanya ditikar
sembahyang saja. Nak tunggu kaya baru nak bersedekah. Rasanya ramai yang tak
faham apa itu Amalan Soleh.
“gunakan
masa muda sebelum datang masa tua”.
“gunakan masa
luang sebelum datang masa sibuk”.
“gunakan waktu
sehat sebelum datang waktu sakit”.
“gunakan waktu kaya
sebelum datang waktu miskin”.
“gunakan hidup sebelum
datang mati”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan