Selasa, 28 Februari 2012

Letih punya hal

Arini buat kayuhan solo, macam biasa singgah kat Tikam Batu, cari gerai mana ramai orang nak jumpa kawan-kawan lama, nak borak-borak. Hari ni banyak gerai kurang penghuni. Biasalah kedai man, teh tarik dia sedap punya, susu secukup rasa, teh adakeras sikit. Man mana pi orang semua? hari ni orang pi minum kat Sg.petani, kat pelita, subaidah. Pasai semalam orang Tikam batu terima duit BR1M. Tau man melawak aja..
Kesah BR1M ni ada dengar juga, suami isteri pi minta. Pegawai tu beri tahu, suami puan dah minta. Si isteri pun menjawab dia dapat bukan nak bagi kat saya. Pening, pening pening. Hari ni kayuh basikal baru, impot dari Ayer Tawar punya, berat sikit kerana tayar besar. Dalam  keletihan tengok Blog kot ada cerita menarik.ada baca sikit mengantuk lebih oklah mau rehat,

Ahad, 19 Februari 2012

Abang


 
12 tahun dalam kenangan  Abang Ku Shohaili. Kembali kerahmatullah. Pada 18 February 2000.  Sebaik selesai menunaikan  solat Jumaat di Surau Bandar Countery Homes Rawang.   Semoga Allah merahmati Nya dan memberi sebaik-baik ganjaran. Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat keluarga kami dan sahabat handai.  
Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah kepada al-Marhum Shohaili Bin Hj. Jamaluddin Al-Faatihah .....
 Dengan nana Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang melengkapi nikmat-Nya dan membalas limpah kurnia-Nya.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam sebagai pembawa rahmat, dengannya Engkau selamatkan kami daripada segala ketakutan  dan kerusakan dan Engkau sampaikan melaluinua segala semua hajat kami.
Ya Allah! Rahmatilah Abang kami Shohaili,  
Ya Allah! Rahmatilah Abang kami Shohaili 
Ya Allah! Rahmatilah Abang kami Shohaili 
dan ampunilah dosa dosa Nya, 
Redhailah Ia dengan keredhaan yang melayakkan Ia mendapat segala keredhaanMu. 
Dengan Engkau meletakkan Ia di dalam Negara kemuliaanMu, 
keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.
Ya Allah ampunilah Abang kami dengan sesempurna keampunan.
yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa dosa Nya yang terdahulu 
dan kejahatan yang Ia lakukan.  Rahmatilah Abang kami dengan rahmat Mu 
yang dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan Nya di dalam kubur. 
Engkau amankan Ia pada hari Kiamat ketika Kami dibangkitkan dari kubur nanti. 
Amin Amin Ya Allah

Ahad, 12 Februari 2012

Hari Lahir

12.2.12

Di Usia 52 tahun ini tiada apa perkara yang hendak dibanggakan sangat, Cuma mengucapkan Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana masih memanjangkan usia didalam Islam dan sihat tubuh badan dan  dimurahkan rezeki . Diucapkan berbanyak-banyak  terima kasih kepada kaum keluarga,  isteri dan anak-anak, kerana kita sentiasa dapat hidup berkasih sayang. Juga kepada guru-guru dan sahabat handai yang sentiasa membimbing dalam perjalanan hidup ini.
"Ya Allah jadikan kami ini hambamu yang banyak bersyukur, dan jadikanlah kami  ini hambamu yang banyak bersabar ”. 

Jumaat, 10 Februari 2012

Rasulullah dan Ummul Mu"minin


 Terdengarlah cerita kawan ku, dia dah berkahwin hampir 20 tahun dan tak pernah bertengkar. Terujalah aku yang telah berkahwin  lebih 20 tahun ini. Nak kata tak pernah bertengkar  rasanya ada, tapi tidaklah sampai pukul memukul, pecah memecah baling membaling ataupun lari melarikan. Berselisih faham tu ada, tapi matalamat dan tujuan sama. Mencari keluarga yang bahagia.  Semacam perselisihan faham dalan hala-hal khilafiyyah dikalangan para ulama. Resam hidup
“Sadangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri” kata P.Ramli.
Kadang kala orang berkata sayalah orang yang paling bahagia, pernikahannyalah yang paling berjaya. Betullah tu, tapi dalam gembira kita perlu bersedia untuk berdepan dengan kesusahan, dalam manis mesti ada yang pahitnya. Apa yang kita takut dialam rumah tangga ini, bila kita diuji dengan apa yang kita sayangi, yang kita bangakan atau apa yang kita heboh-hebohkan. Bukan nak menakutkan atau meminta yang tidak baik. Cuma untuk memperingatkan. Kerana hati manusia ini mudah berubah. Walauapa pun  sentiasalah kita berdoa kebahagian keluarga kita dan sahabat handai. Kerana kebiasaannya kita akan diuji dengan apa yang kita sayang dan yang  kita hebohkan. 
 Bagai mana rumah tangga Rasulullah di uji.
Apabila Aishah Radhiyallahu’anha tertinggal dalam rombongan nabi, setelah bereperang dengan Bani Mustaliq Safwan bin Muatal yang kebetulan lalu dikawasan tersebut telah menyelamatkan Aishah dengan membawanya balik dengan menaiki unta. Sampai diKota Madinah timbulah fitnah yang palig dasyat.  Nabi menjadi bingung mendengar berita ini dan mula bersikap dingin terhadap Aishah. Beliau mula merasakan perubahan pada diri nabi terhadapnya sehingga beliau meminta izin nabi untuk pulang ke rumah ibu bapanya buat sementara waktu. Apabila Aishah pulang ke rumahnya, ibu sepupunya memberitahu khabar fitnah itu kepada beliau. Aishah terkejut dan menangis tersedu-sedu sehingga terasa jantungnya berdegup dengan begitu kencang. Sehingga menyebabkan Aishah balik kerumah bapanya Abu Bakar
Turunlah wahyu surah Al Nur
11:  Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengiranya buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu. Setiap seseorang daripada mereka (mendapat balasan) dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar, baginya azab yang besar.
12:  Mengapa tatkala mendengar berita bohong itu orang Mukminin dan Mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
13:  Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atasnya (berita bohong itu)? Jika mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itu pada sisi Allah adalah orang yang dusta.
14:  Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana apa (berita bohong) yang kamu sebarkan itu.
15:  (Ingatlah) ketika kamu menerimanya (berita bohong itu) dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulut kamu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja, padahal ia pada sisi Allah adalah besar.
16:  Dan mengapa kamu tidak berkata, tatkala mendengarnya (berita bohong itu): "Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Ini adalah dusta yang besar."
17:  Allah memperingatkan kamu, (agar jangan) kamu mengulangi yang demikian selama-lamanya, jika kamu adalah orang yang beriman.
18:  Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (Allah) kepada kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
19:  Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) yang keji itu tersebar di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
20:  Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) atas kamu, (nescaya kamu ditimpa azab). Dan Allah adalah al-Rauf (Maha Penyantun), dan al-Rahim (Maha Mengasihani).
21:  Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Dan sesiapa mengikuti langkah syaitan, maka sesungguhnya ia (syaitan itu) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) kepada kamu, nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih (daripada yang keji dan mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya (Allah). Dan Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
22:  Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang yang miskin dan orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni kamu? Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
23:  Sesungguhnya orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang jujur lagi beriman (berbuat zina), mereka dilaknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.
24:  Pada hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
25:  Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang sebenar-benarnya, dan tahulah mereka bahawa Allah adalah al-Haq (Yang Benar), yang menjelaskan.
26:  Wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih daripada apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia

Selasa, 7 Februari 2012

Rasulullah Isteri dan Aku


Rasulullah Menjadi Ikutan
Sebenarnya didalam hidup ini aku cuba untuk mencontohi Rasulullah Sallallahu”alaihi wsaallam. Walau pun ada kala perkara tersebut tersengaja aku lakukan  adakala jua aku niatkan kerana Rasulullah melakukannya. Aku teringat kisah Rasulullah menjahit bajunya dan kasut yang terkoyak. Kemampuan ku hanya memasukkan pakaian kedalam mesin basuh adakal menyidainya, itu pun kadang-kadang. Tapi Alhamdulillah mengosok aku yang lakukan.
Aku ada terbaca kisah Rasulullah balik lewat malam, memberisalam kepada isteri tetapi pintu tidak terbuka. Rasulullah tidur sahaja dikakilima rumah. Keesok paginya Rasulullah bangun tidak marah kepada Isterinya malah senyum sahaja. Aku adakala  rasa nak marah bila isteri meletakkan keretanya dihadapan pintu pagar, menghalang aku nak masuk. Mujurlah ada kesah Rasulullah ini menjadi penawar.
Adakala muka ku menjadi masam bila tiada makanan didalam rumah, Teringatlah aku bagaimana Rasulullah bangun pagi bertanya kepada isterinya ada apa yang dapat kita makan pada hari ini. Jawap isteri baginda, tidak ada apa yang hendak dimakan. Rasulullah berkata berpuasalah kita pada hari ini. Ya Allah dapatlah aku beeramal dengan ayat ini.
Meleleh air liur ku mendengar cerita Rasulullah berlumba lari bersama Siti Aisyah, adakala Rasulullah menang, kadang kadang Siti Aisyah menang. Aku dan isteri berlumba lari tu tiadalah tetaip berlari bersama sama ada, Ku pohon kepada  Mu Ya Allah supaya isteri ku minat beriadah supaya sentiasa sihat dan anggun.

Ahad, 5 Februari 2012

12 Rabiulawal




Selamat menyambut Maulidur Rasul
Selawat dan Salam keatas junjungan besar 
Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam.. 
Allah telah memberi wahyu kepada Musa, Nabi Bani Israil, 
bahawa barangsiapa bertemu dengan Aku, padahal ia ingkar kepada Ahmad, nescaya Aku masukkan dirinya kedalam neraka.
Musa berkata: “Siapakah Ahmad itu, Ya Rabbi?”,
Allah berfirman: “Tidak pernah Aku ciptakan satu ciptaan yang lebih mulia menurut pandangan Ku daripadanya. Telah ku tuliskan namanya bersama nama Ku di Arasy sebelum Aku mencipta tujuh lapis langit dan bumi. Sesungguhnya Syurga itu terlarang bagi semua makhluk Ku, sebelum Ia dan umatnya terlebih dahulu memasukinya.   
Musa alaihiwasallam  berkata: "Siapakah umatnya itu?"
FirmanNya: "Mereka yang banyak memuji Allah. Mereka memuji Allah sambil naik, sambil turun dan pada setiap keadaan. Mereka mengikat pinggang (menutup aurat) dan berwudhu, membersihkan badan. Mereka berpuasa siang hari, bersepi diri dan berzikir sepanjang malam. Aku terima amalan yang dikerjakan dengan iklas, maskipun sedikit. Akan Ku masukkan mereka  kedalam syurga kerana kesaksiannya; tiada Tuhan yang sebenarnya wajib disembah melainkan Allah."
Musa berkata: "Jadikaklah saya Nabi Umat itu”   
Allah berfirman: "Nabi umat itu dari mereka sendiri” 
Musa berkata lagi: "Masukkanlah saya dalam golongan umat Nabi itu." 
Allah menerangkan: "Engkau lahir mendahului Nabi dan umat itu, sedang dia lahir kemudian. Aku berjanji kepada mu untuk mengumpulkan engkau bersamanya diDarul Jalal (Syurga) Hadis Qusdsi Abu Ma’im). 
 Jangan persia-siakan menjadi umat  Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam?
 Muhammad adalah utusan Allah dan orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang kafir, tetapi berkasih sayang terhadap sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya. Pada wajah mereka kelihatan tanda-tanda bekas sujud (tanda keimanan dan kesucian hati). Demikianlah sifat-sifat mereka(yang diungkapkan) dalam Taurat dan sifat-sifat  mereka (yang diungkapkan) dalam Injil, iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat, lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya; tanaman itu menyenangkan hati penanan-penanamnya kerana Allah hendak menimbukan perasaan tidak senang  hatipada orang kafir (dengan sebab kekuatan orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang  yang beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka, keampunan dan pahala yang besar. Al-quran surahAL Fath ayat 29.
 
Ya Rrabbana jadikanlah kami umat Muhammad seperti yang dilukiskan dalam ayat diatas........Amin.