Arini buat kayuhan solo, macam biasa singgah kat Tikam Batu, cari gerai mana ramai orang nak jumpa kawan-kawan lama, nak borak-borak. Hari ni banyak gerai kurang penghuni. Biasalah kedai man, teh tarik dia sedap punya, susu secukup rasa, teh adakeras sikit. Man mana pi orang semua? hari ni orang pi minum kat Sg.petani, kat pelita, subaidah. Pasai semalam orang Tikam batu terima duit BR1M. Tau man melawak aja..
Kesah BR1M ni ada dengar juga, suami isteri pi minta. Pegawai tu beri tahu, suami puan dah minta. Si isteri pun menjawab dia dapat bukan nak bagi kat saya. Pening, pening pening. Hari ni kayuh basikal baru, impot dari Ayer Tawar punya, berat sikit kerana tayar besar. Dalam keletihan tengok Blog kot ada cerita menarik.ada baca sikit mengantuk lebih oklah mau rehat,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan