Selasa, 7 Februari 2012

Rasulullah Isteri dan Aku


Rasulullah Menjadi Ikutan
Sebenarnya didalam hidup ini aku cuba untuk mencontohi Rasulullah Sallallahu”alaihi wsaallam. Walau pun ada kala perkara tersebut tersengaja aku lakukan  adakala jua aku niatkan kerana Rasulullah melakukannya. Aku teringat kisah Rasulullah menjahit bajunya dan kasut yang terkoyak. Kemampuan ku hanya memasukkan pakaian kedalam mesin basuh adakal menyidainya, itu pun kadang-kadang. Tapi Alhamdulillah mengosok aku yang lakukan.
Aku ada terbaca kisah Rasulullah balik lewat malam, memberisalam kepada isteri tetapi pintu tidak terbuka. Rasulullah tidur sahaja dikakilima rumah. Keesok paginya Rasulullah bangun tidak marah kepada Isterinya malah senyum sahaja. Aku adakala  rasa nak marah bila isteri meletakkan keretanya dihadapan pintu pagar, menghalang aku nak masuk. Mujurlah ada kesah Rasulullah ini menjadi penawar.
Adakala muka ku menjadi masam bila tiada makanan didalam rumah, Teringatlah aku bagaimana Rasulullah bangun pagi bertanya kepada isterinya ada apa yang dapat kita makan pada hari ini. Jawap isteri baginda, tidak ada apa yang hendak dimakan. Rasulullah berkata berpuasalah kita pada hari ini. Ya Allah dapatlah aku beeramal dengan ayat ini.
Meleleh air liur ku mendengar cerita Rasulullah berlumba lari bersama Siti Aisyah, adakala Rasulullah menang, kadang kadang Siti Aisyah menang. Aku dan isteri berlumba lari tu tiadalah tetaip berlari bersama sama ada, Ku pohon kepada  Mu Ya Allah supaya isteri ku minat beriadah supaya sentiasa sihat dan anggun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan