Jumaat, 10 Februari 2012

Rasulullah dan Ummul Mu"minin


 Terdengarlah cerita kawan ku, dia dah berkahwin hampir 20 tahun dan tak pernah bertengkar. Terujalah aku yang telah berkahwin  lebih 20 tahun ini. Nak kata tak pernah bertengkar  rasanya ada, tapi tidaklah sampai pukul memukul, pecah memecah baling membaling ataupun lari melarikan. Berselisih faham tu ada, tapi matalamat dan tujuan sama. Mencari keluarga yang bahagia.  Semacam perselisihan faham dalan hala-hal khilafiyyah dikalangan para ulama. Resam hidup
“Sadangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri” kata P.Ramli.
Kadang kala orang berkata sayalah orang yang paling bahagia, pernikahannyalah yang paling berjaya. Betullah tu, tapi dalam gembira kita perlu bersedia untuk berdepan dengan kesusahan, dalam manis mesti ada yang pahitnya. Apa yang kita takut dialam rumah tangga ini, bila kita diuji dengan apa yang kita sayangi, yang kita bangakan atau apa yang kita heboh-hebohkan. Bukan nak menakutkan atau meminta yang tidak baik. Cuma untuk memperingatkan. Kerana hati manusia ini mudah berubah. Walauapa pun  sentiasalah kita berdoa kebahagian keluarga kita dan sahabat handai. Kerana kebiasaannya kita akan diuji dengan apa yang kita sayang dan yang  kita hebohkan. 
 Bagai mana rumah tangga Rasulullah di uji.
Apabila Aishah Radhiyallahu’anha tertinggal dalam rombongan nabi, setelah bereperang dengan Bani Mustaliq Safwan bin Muatal yang kebetulan lalu dikawasan tersebut telah menyelamatkan Aishah dengan membawanya balik dengan menaiki unta. Sampai diKota Madinah timbulah fitnah yang palig dasyat.  Nabi menjadi bingung mendengar berita ini dan mula bersikap dingin terhadap Aishah. Beliau mula merasakan perubahan pada diri nabi terhadapnya sehingga beliau meminta izin nabi untuk pulang ke rumah ibu bapanya buat sementara waktu. Apabila Aishah pulang ke rumahnya, ibu sepupunya memberitahu khabar fitnah itu kepada beliau. Aishah terkejut dan menangis tersedu-sedu sehingga terasa jantungnya berdegup dengan begitu kencang. Sehingga menyebabkan Aishah balik kerumah bapanya Abu Bakar
Turunlah wahyu surah Al Nur
11:  Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengiranya buruk bagi kamu, bahkan ia adalah baik bagi kamu. Setiap seseorang daripada mereka (mendapat balasan) dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar, baginya azab yang besar.
12:  Mengapa tatkala mendengar berita bohong itu orang Mukminin dan Mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
13:  Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atasnya (berita bohong itu)? Jika mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itu pada sisi Allah adalah orang yang dusta.
14:  Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana apa (berita bohong) yang kamu sebarkan itu.
15:  (Ingatlah) ketika kamu menerimanya (berita bohong itu) dari mulut ke mulut, dan kamu katakan dengan mulut kamu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja, padahal ia pada sisi Allah adalah besar.
16:  Dan mengapa kamu tidak berkata, tatkala mendengarnya (berita bohong itu): "Sekali-kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Ini adalah dusta yang besar."
17:  Allah memperingatkan kamu, (agar jangan) kamu mengulangi yang demikian selama-lamanya, jika kamu adalah orang yang beriman.
18:  Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (Allah) kepada kamu. Dan Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
19:  Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) yang keji itu tersebar di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
20:  Dan sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) atas kamu, (nescaya kamu ditimpa azab). Dan Allah adalah al-Rauf (Maha Penyantun), dan al-Rahim (Maha Mengasihani).
21:  Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Dan sesiapa mengikuti langkah syaitan, maka sesungguhnya ia (syaitan itu) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya (Allah) kepada kamu, nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih (daripada yang keji dan mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya (Allah). Dan Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui).
22:  Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang yang miskin dan orang yang berhijrah pada jalan Allah, tetapi hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni kamu? Dan Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
23:  Sesungguhnya orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang jujur lagi beriman (berbuat zina), mereka dilaknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.
24:  Pada hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
25:  Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang sebenar-benarnya, dan tahulah mereka bahawa Allah adalah al-Haq (Yang Benar), yang menjelaskan.
26:  Wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji (pula), dan wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih daripada apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan