Khamis, 23 Julai 2015

7 SYAWAL

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Hari ini sudah 7 Syawal, puasa 6 hari pada bulan syawal belum bermula. Ku mohon kepada Illahi semoga di kuatkan iman dapat menunaikanya pada hari ini, insyaAllah. "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian ia iringi enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa satu tahun".HR Muslim.  Keseronokan berhari raya cuma dirasa sehari sebelum hari lambaran dan akan berakhir dipetang hari raya pertama, berbezanya dengan ramadhan kegembiraannya disepanjang ramadhan.
Projek Lemang pertama kali 
Pada malam terakhir ramadhan, bersiaplah syurga dengan hiasan untuk menyambut hamba hamba Allah yang keletihan hidup di dunia untuk balik ke kampongnya dengan penuh rahmat. Allah. Ya Allah berkatkanlah kami dibulan ramadhan dan temukanlah kami dengan bulan yang mulia ini beberapa kali lagi dengan kehendak dan keredhoan MU Ya Allah.
Diawal pagi di mulakan dengan mandi sunat Aidil Fitri
Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai.







Minal aidzin Wal faidzin
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan