Jumaat, 3 Julai 2015

ISMAIL dalam kenangan

Hari ini 20 Jun  masuk hari ke 3 Ramadhan 1436, semangat bersahur diawala ramadhan tidak dinafikan kerajinannya. Diawal 4 pagi adalah  waktu yang amat sesuai untuk persiapan sahur. Isteri yang melayan whatsApp, berkata "Mail meninggal malam tadi lantas mulut berkata "Inna lillahi Rooji'un". Terbayang kali terakhir berjumpa 14 Rejab, 3 Mei 2015 di Dewan Abu Zahar LPP Jln. Sultan Salahuddin Kuala Lumpur. Perjumpaan tentu amat mengembirakan pertemuan sahabat lama, kawan sepermainan, rakan persekolahan dieratkan lagi ada tali kekeluargaan. Rupa rupanya itulah kali terakhir kita berbicara. Setelah tarikh tersebut kita  berpisah semula selama 39 hari, bertemu semula pada hari ke 40 dalam keadaan yang berbeza. Ismail Saad meninggalkan kami buat selama lamanya, menemui Maha pencipta. Allah lah yang menghidupkan dan yang akan mematikan. Kematian yang bukan diminta tetapi pasti akan tiba, perbezaannya cepat atau lambat sahaja. Semoga Allah merahmati  rohnya. Ismail yang ku kenal bukanlah seorang yang sombong, ia amat baik dan peramah. Selamat pergi buat  saudara ku. Ku doakan semoga Allah menempatkan kita dalam golongan orang orang yang beramal soleh.
  5. Sesungguhnya orang orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercmpur dengan "kafur".
 6. Iaitu sebuah mata air (disyurga), yang diminum daripadanya oleh hamba hamba Allah (yang taat) mereka boleh mengalirkannya (ditempat tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah mudahnya dan menurut kemahuannya.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Wahai Tuhan Kami sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami, oleh itu ampunilah kami
Wahai Tuhan kami selamatkanlah kami kiranya kami dari kaum uang bersalah,
 wahai Tuhan kami sesungguhnya kami sangat perlu kepada kerahmata Mu Ya Allah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan