Khamis, 9 Julai 2015

RAMADHAN 1436

Ramadhan merupakan bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan pembebasan diri dari azab neraka. Pada bulan ini Allah menurunkan Lailatul Qadar, iaitu malam kemulian yang lebih baik dari 1000 bulan. Didalamnya penuh dengan keberkahan dan kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Ada banyak keistemewaan bagi umat Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadhan. Allah SWT datang melihat umat yang berpuasa,  Bau mulut mereka yang berpuasa bagaikan kasturi, para Malaikat memohon keampunan siang dan malam, Allah memerintah syurga menghias diri sebagai balasan kepada orang yang berpuasa dan pada akhir Ramadhan Allah mengampuni dosa.
Sumbangan  bubur kanji Surau Al Fateh Taman Sejati RM200.
"Dari Zaid Bin Khalid Al-Juhani, dari Nabi SAW sabdanya. "Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, mala ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuasa, sadangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak barkurangan sedikit pun". (HR Tirmidzi)
Inilah budaknya yang sering menggangu ketika berbuka puasa
Malam ini sudah 22 Ramadhan, 10 pertama dan 10 kedua telah berlalu, tinggal berbaki 10 terakhir. Pada malam terakhir inilah Rasulullah SAW menguatkan ikatan pinggangnya. Dari Aisyah, berkata: Adalah Rasulullah bila memasuki sepuluh hari terakhir, baginda menguatkan ikatan pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta membanggunkan isteri isterinya. ( HR. Bukhari dan Muslim).
Lawatan Surau Al Fatih
Menghantar Nur Aliyaa khairiyah di Uitm kampus Sungai Petani Merbok.
"Dari Ibnu Abbas, berkata: Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawanannya pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadhan, lalu tadarus Al Quran (dengan Baginda) Sungguh Rasulullah ketika ditemui oleh Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin". (HR Bukhari Muslim)
Ust Amri Nasron  Pentaskirah 
Dari Sulaiman bin Amir Adh-Dhabbiyi, Seorang sahabat, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Bila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tiada ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air, kerana air itu adalah pembersih".  (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
Budak ni lebih dari orang berpuasa 
Sentiasa menyegerakan berbuka, belum masuk waktu maghrib sudah makan. Konon hendak mendapat pahala meyegerakan berbuka.
Suasa sana berpuasa di Mekah dan Madinah 
Cukup dengan Kurma dan Air sahaja. Menapa tidak terjadi di Malaysia yang mewah dengan makanan. Bila agaknya hendak berubah. Perut disi lagi banyak lagi mengembang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan