Selasa, 28 Julai 2015

BERSEDIA BERKHIDMAT

Semoga angah dapat "memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat" inilah misi bagi pendatang baru dalam PDRM. Pada 5 april 1980 abahnya memijakkan kaki di sini, bukan pilihan terakhir tetapi itulah pilihan yang utama untuk masa hadapan, yang tiada idolanya. Kini 26 julai 2015 tiba giliran anak abahnya pula memijak  bumi padang kawat PULAPOL, dengan berbekalkan gulongan Ijazah, pasti kali ini PDRM lebih cemerlang dengan kehadiran gadis kental berdarah polis. Semoga angah berjaya
 Dipadang inilah kata kata dilafaskan saya arah kamu buat
 Manusia hanya mampu merancang yang terbaik untuk dirinya, sesungguhnya Allahlah maha perancang dan perancangan Allah tiada silapnya

Doa kami untuk mu Shafiqah
Ya Allah, kami mohon doa restu dari-Mu agar khidmat bakti Nya yang akan datang dijadikan perkhidmatan yang diredhai, pertuturan Nya pertuturan yang disenangi, pendengaran Nya pendengaran yang direstui, penglihatan Nya penglihatan yang diberkati. Amalan Nya amalan yang dirahamati. Pengorban Nya nanti pengorbanan yang disyukuri, jasa Nya nanti jasa yang di ingati.Ya Allah kepada Mu juga kami memohon.
Ya Allah kami memohon kepada Mu agar khidmat bakti Nya sentiasa diberi petunjuk dan hidayah dalam menlaksanakan tugas yang diamanahkan. Kekalkanlah kesejahteraan negara kami ini untuk genarasi hari ini dan akan datang. Kurniakanlah kepada Nya kekuatan semangat yang waja, keberanian dan kesabaran yang unggul dalam melaksanakan tanggung jawab dan amanah dengan penuh kejujujuran, keiklasan dan ketulusan bagi mendaulatkan kesucian agama, memelihara marauah bangsa dan negara. Aminn. Perkenankan Ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan