Sabtu, 23 Oktober 2010

JUMAAT

"Budak-budak diatas tu jangan bising, ha tengok tu ada lagi yang berdiri dan berjalan"
Amaran tok siak dengan suara agak "garang" dan keras,
Masjid 2 tingkat, diatas tempat kanak-kanak bersembahyang ada juga orang dewasa terlepas keatas.
Setiap kali Jumaat inilah pesanan tok siak - budak-budak tetap bising dan bercakap juga. Selepas azan kedua, sebelum khatib membaca khutbah, siak sekali berpesan kepada jemaah, supaya jangan berkata-kata semasa khatib membaca khutbah dan membaca hadis  Semasa Imam berkhutbah, kalau engkau berkata kepada sahabat mu "diam' sekali pun maka sesungguhnya sia-sialah Jumaat kamu.  -riwayat  Bukhari.
Yang dikatakan budak-budak  akal tak sempurna lagi  + hukum tak pakai lagi = sembahyang tak  wajib.
Bapak tak awasi anak + pegawai masjid tak memantau = budak-budak bising.
Tok siak marah budak-budak + bapak terasa = tak mau datang masjid
Orang tak datang masjid + jemaah tak ada = Islam lemah.
" Wahai orang-orang yang beriman' apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat,  maka bersegeralah kepada  perig mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"   - Al-Jumu'ah ayat 9.

Rabu, 20 Oktober 2010

20102010 Rabu

Cakap-cakap dan pandang hari 20102010 rabu berkenaan kerajaan nak bina bangunan
100 tingkat, Ooooooo tinggi tu. Biasa lah ada  pro....ada kontra.....
A. Tanya nak buat apa bangunan tinggi-tinggi tu?
N. Jawab boleh  dok tinggi dekat dengan Bulan.
Ramai yang mendengar jawab.....Oooooooooooo.
H, Tanya berapa harganya?
M. Jawab sikit aja 5b.
H. Mengapa duit tu tak bagi orang Miskin?
M. Peruntukan untuk orang miskin dah ada
Ramai mendengar jawab.Ooooooooooo.
H. Budget 2011  takada ke untuk Selamatkam Masjidil Al-Aqsa
M. Ooooo. itu Plastin bukan Malaysia.
H. Kesian Plastin takada orang nak buat budget untuk dia orang.
Bajet Malaysia 2011 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat. 
Cakap-cakap ustaz
Kita ni yang pulun cari harta kekayaan dan kedudukan 2 aja.
Satu kita tinggalkan senuanya Mati atau
Dua harta kekayaan dan kedudukan yang tinggalkan kita. 

Ahad, 17 Oktober 2010

PENIPU


Fikiran dok melayang sambil pekena Jagong rebus. Mula-mula pekena setongkoi rasa sedap, lepeh tu ambik setongkoi lagi sapu dengan pelanta lagi le enaknya, pekena sorang diri le pulak bini pi hantaq anak balik asrama.  Fikiran melayang lagi teringat peristiwa masa kerja tadi. Cakap-cakap pandang kali ni. Berkenaan apa yang terpandang dimata. Masa kerja ada 30 minit lagi, singgahlah di Pam Minyak Petronas Bertam Perdana. Kemas-kemas laporan yang hendak dihantar dan membuat catitan pada beberapa buah buku. Tiba-tiba……….. berhenti sebuah kereta  di sebalah . Turun seorang perempuan manis, berbaju kurung dan bertudung, cantik dan sopan sekali,  umur .lengkongan 20an. Senyumannya bias menjatuhkan serban dikepala. Gadis melayu dalam TV 9 pun boleh kalah.  Berjalan terus ke tandas. Didalam kereta seorang anak muda seakan sebaya dengan gadis manis. Cakap dengan sehabat  bertuah le dia dapat awek cun. Tak lama kemudaian keluar seorang perempuan dari tandas berpakaian jens dan t-shirt ketat tidak bertudung, rambut lurus terurai lagi menarik terus masuk kedalam kereta. Sahabat pun bercakap Perempuan tadi. Masyallah apa sudah jadi  tadi tutup aurat sekarang sudah buka Perempuan tu tipu siapa?
Kita tertipu rupanya, ingatkan muslimah rupanya ………(Xbaikkata orang)Tipu Ibubapanya?. Kesian Ibubapanya ingatkan anaknya anak Soleha rupa-rupanya  di Petronas si anak menukar wajah. Bila mami jarum membawa perkhabaran, SiIbu akan berkata dak eh anak chek baguH. Dailog biasa kita dengar.Tipu kolej, tipu cikgu tipu kawan-kawan? Malanglah si gadis kerana mencari sedikit keseronokan sanggup mengetepikan Agama agaknya di mana harga diri.Pasal perempuan sekejap tutup sekejap buka ni biasalah kita jumpa. Adakala nak tutup aurat pakai tudung tapi pakaian ketat dan sengkat. Rasanya ramai lagi tak tahu apa itu aurat.Cakap-cakap, pasal sigadis tadi agak-agaknya boyfriend dia suruh ke? Kalau dia ikut naya le. Kalau dia sendiri yang nak buka 2 kali naya.  Semoga kita tidak jadi penipu macam gadis tu. Sekarang dia tipu emak ayah satu masa nanti mungkin dia boleh tipu boyfriend atau suami dia.  Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat Munafik dan buruk akhlak serta kesempitan rezeki.  Amin.
 

Isnin, 11 Oktober 2010

Pantun Penjual Buku

Cakap  DAN Pandang
Rindu nak berjumpa kawan-kawan lama di Tikam Batu. Singgah sebentar kena Teh tarik dikedai E matpot. Alhamdulillah jumpa kenalan lama. Cakap-cakap yang menarik kali ini pasal JapaQ.Masa kecik-kecik dulu di Ayer Tawan ada sebuah kedai buku "Kamalam Store" inilah satu-satunya kedai buku yang ada di pekan Ayer Tawar. Tempat tumpuan orang Ayer Tawar membeli peralatan tulis dan buku. Tak pasti kedai ni masih adalagi ke tidak. 
JapaQ berniaga kedai makan disamping tu mejual surat khabar dan buku-buku. Lama dah dia berniaga Biado Ho sampai di Tikam Batu tahun 80an dia dah berniaga sampai sekarang, agak-agaknya 30 tahun lebih. Masa perniagaannya maju, beliau ada seorang pembantu cukup rajin punya, kedai makan dan jualan suratkhabar dia yang urus. Tuptup anak muda ni berhenti dan pergi Kekota Raya KL. Konon ceritanya pasai Cinta ditolak anak taukey. Cakap-cakap dengar sejak ketiadaan Jejaka ini perniagaan mula merosot. Cakap pasal Si JapaQ masa dulu bila orang membaca majalah dan suratkhabar jualannya,  tanpa membeli.  Keluarlah pantun ni.
                                   RAJIN MEMBACA
                              KURANG MEMBELI
                                  KAMU SUKA
                              AKU RUGI
   

Sabtu, 9 Oktober 2010

Mahu hidup 100tahun

Sejak awal puasa 2010 tak telan dah 2 benda ni Hydrochlorzide-25mg dan Me toprolol Tartrate, tanpa nasihat Doktor. Buat ujian darah OK tak le tinggi sangat walau pun melantak dari mula sywal hingga ke 29syawal. Alhamdulillah. Semoga kesihatan berpanjangan. Baru ni Biado Ho berdua telah menyertai satu projek Perubatan  Peringkat Kebangsaan dinamakan The Malaysian Cohort di Tmn Sejati. Hasilnya..          
 Pereksa punya hal lemak ada tinggi. Kena bagi turun. Tapi kalau nampak menarik punya makanan mana boleh tahan.

Tambah pula ada kenduri Minyak dan lemak menu utama
 Ariff Husaini kata lepas makan kita main Golf. Mana maunya. Buang sekilo makan 3 kilo.














Bagai mana kalau kita pergi kenduri minum sahaja macam dua orang ni. Betul ke tengok aja. Atau nak tu Topup.

Sebaiknya mari kita buat kayuhan. Oleh kerana lemak dan BMI tinggi Biado Ho telah mulakan kayuhan. Walaupun sudah hampir 7 bulan tidak mengayuh. Alhamdulillah kayuhan pertama telah dapat 20 km dan 3 hari mengayuh telah dapat 70km. Cuma masa sahaja yang perlu di baiki. Insyallah.

Selasa, 5 Oktober 2010

Cakap -cakap, pandang-pandang


Cakap-cakap dan pandang Minggu ini.
Antara amalan dan keiklasan yang mana hendak didahulukan.
Apa kata Ustaz. Buat amalan dahulu lambat laun iklas akan datang. Kalau nak tunggu iklas baru buat amalan sampai bila-bila pun tak akan beramal. Kerana amatlah susahnya untuk iklas. Buatlah amalan sebanyak-banyaknya, lambat laun perasaan riak, segan, malas  dan menunjuk-nunjuk akan hilang.  Contoh diberi, seumpama kita membeli dan menaiki kereta mewah BMW yang baru, mula-mula perasaan berbanga itu ada. Lambat laun perasaan itu akan hilang, kerana telah selalu digunakan.
Cakap-cakap  kedai kopi minggu ini.
Diceritakan seorang anak muda anggota polis.  Teruk kerja di Sg. Petani. Biado ho pun ingin tahu. Teruk macam mana? Hari-hari ada operasi, OCPD…..dln. Biado ho tanya sebelum ni kerja apa? Tak kerja apa habis sekolah mengangur  sekejap dan masuk polis. Biado ho tengok nombor kat baju  16……..Biado ho senyum dan buat tafsiran sendiri.
i.                 Baru kerja lebih kurang setahun, agaknya macam mana nak kerja 30-38 tahun lagi kalau sekarang pun dah rasa teruk.
ii.                Pengalaman kerja tak ada, itu yang dia kata teruk. Tak pernah berkerja dilain tempat baik jabatan kerajaan atau  swasta.  Bayangkan macam mana mereka yang berkerja sebagai buruh binaan / perladangan. Ingat kata orang orang lama kerja bukan pikul balak.
iii.               Operasi ni biasalah kerja Polis. Bukan operasi masuk hutan macam Pasukan Gerakan Am atau maacan zaman PPH tahun 70an.
iv.               Biado ho ada pengalaman kerja di Sg. Petani dan OCPD yang sama. Sg. Petani Bandar membangun, jumlah penduduk bertambah pastilah  kadar jenayah juga meningkat. Sama dilain-lain  tempat atau daerah. OCPD. Biado ho kenal. Dilain pertemuan akan cerita. Apa yang nak diberitahu beliau  “Kaki Masjid”.
Apa yang Biado ho bagi tahu pada anak muda ini.  Kerja Polis  ni senang aja. Dipanggil kita datang, disuruh kita pergi. Buat kerja yang diarahkan, hormat orang atasan. Insyaalah selamat.

Jumaat, 1 Oktober 2010

MUKA SIAPA

Dah lama kita di pesan jaga hati. Doktor pesan jaga hati. Ustaz juga pesan jaga hati.
Orang ada kata Ikut hati Mati. Hati punya pasal kita lupa nak jaga Muka.
Muka ni letaknya di bahagian kepala, sebelah hadapan, daripada dagu hingga kedahi, dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri. Dimukalah terletaknya perkakas penting mulut, hidung dan mata. Nak kat seseorang tu cantik/lawa tengok pada mukanya, body kemudian. Disini bukan nak cerita pasal kecantikan muka atau macam mana nak menjaga kecantikan muka. Cuma nak peringat kaumkerabat dan sukusakat. Kalau kita pakai seluar terlondeh nampak punggung, yang malu punggung ke atau muka? Pastinya muka yang malu. Begitu juga kalau kita terkentut dikhalayak ramai, orang akan kata muka tak malu. Apa saja keburukan yang kita buaat keatas diri kita, yang dapat malu MUKA. Itu pasal orang kata Muka papan, muka tembok, muka tampal kulit babi. Ada juga orang tak malu bermuka-muka. Yang baiknya ada peselisihan bersemuka, jangan bermasam muka sampai kemati. Barulah nampak air muka jernih sahaja. Salah satu syarat sah wuduk membasuh muka. Suka Biado Ho berpesan jaga AIR MUKA IBUBAPA, AIR MUKA KELUARGA, AIR MUKA CIKGU, AIR MUKA RAKAN AIR MUKA SEMUA BENDA YANG ADA MUKA.