Cakap-cakap dan pandang Minggu ini.
Antara amalan dan keiklasan yang mana hendak didahulukan.
Apa kata Ustaz. Buat amalan dahulu lambat laun iklas akan datang. Kalau
nak tunggu iklas baru buat amalan sampai bila-bila pun tak akan beramal. Kerana
amatlah susahnya untuk iklas. Buatlah amalan sebanyak-banyaknya, lambat laun
perasaan riak, segan, malas dan
menunjuk-nunjuk akan hilang. Contoh
diberi, seumpama kita membeli dan menaiki kereta mewah BMW yang baru, mula-mula
perasaan berbanga itu ada. Lambat laun perasaan itu akan hilang, kerana telah
selalu digunakan.
Cakap-cakap kedai kopi minggu
ini.
Diceritakan seorang anak muda anggota polis. Teruk kerja di Sg. Petani. Biado ho pun ingin
tahu. Teruk macam mana? Hari-hari ada operasi, OCPD…..dln. Biado ho tanya
sebelum ni kerja apa? Tak kerja apa habis sekolah mengangur sekejap dan masuk polis. Biado ho tengok
nombor kat baju 16……..Biado ho senyum
dan buat tafsiran sendiri.
i.
Baru kerja lebih kurang setahun, agaknya macam
mana nak kerja 30-38 tahun lagi kalau sekarang pun dah rasa teruk.
ii.
Pengalaman kerja tak ada, itu yang dia kata
teruk. Tak pernah berkerja dilain tempat baik jabatan kerajaan atau swasta.
Bayangkan macam mana mereka yang berkerja sebagai buruh binaan /
perladangan. Ingat kata orang orang lama kerja bukan pikul balak.
iii.
Operasi ni biasalah kerja Polis. Bukan operasi
masuk hutan macam Pasukan Gerakan Am atau maacan zaman PPH tahun 70an.
iv.
Biado ho ada pengalaman kerja di Sg. Petani dan
OCPD yang sama. Sg. Petani Bandar membangun, jumlah penduduk bertambah pastilah
kadar jenayah juga meningkat. Sama
dilain-lain tempat atau daerah. OCPD.
Biado ho kenal. Dilain pertemuan akan cerita. Apa yang nak diberitahu
beliau “Kaki Masjid”.
Apa yang Biado ho bagi tahu pada anak muda ini. Kerja Polis ni senang aja. Dipanggil kita datang, disuruh
kita pergi. Buat kerja yang diarahkan, hormat orang atasan. Insyaalah selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan