Ahad, 17 Oktober 2010

PENIPU


Fikiran dok melayang sambil pekena Jagong rebus. Mula-mula pekena setongkoi rasa sedap, lepeh tu ambik setongkoi lagi sapu dengan pelanta lagi le enaknya, pekena sorang diri le pulak bini pi hantaq anak balik asrama.  Fikiran melayang lagi teringat peristiwa masa kerja tadi. Cakap-cakap pandang kali ni. Berkenaan apa yang terpandang dimata. Masa kerja ada 30 minit lagi, singgahlah di Pam Minyak Petronas Bertam Perdana. Kemas-kemas laporan yang hendak dihantar dan membuat catitan pada beberapa buah buku. Tiba-tiba……….. berhenti sebuah kereta  di sebalah . Turun seorang perempuan manis, berbaju kurung dan bertudung, cantik dan sopan sekali,  umur .lengkongan 20an. Senyumannya bias menjatuhkan serban dikepala. Gadis melayu dalam TV 9 pun boleh kalah.  Berjalan terus ke tandas. Didalam kereta seorang anak muda seakan sebaya dengan gadis manis. Cakap dengan sehabat  bertuah le dia dapat awek cun. Tak lama kemudaian keluar seorang perempuan dari tandas berpakaian jens dan t-shirt ketat tidak bertudung, rambut lurus terurai lagi menarik terus masuk kedalam kereta. Sahabat pun bercakap Perempuan tadi. Masyallah apa sudah jadi  tadi tutup aurat sekarang sudah buka Perempuan tu tipu siapa?
Kita tertipu rupanya, ingatkan muslimah rupanya ………(Xbaikkata orang)Tipu Ibubapanya?. Kesian Ibubapanya ingatkan anaknya anak Soleha rupa-rupanya  di Petronas si anak menukar wajah. Bila mami jarum membawa perkhabaran, SiIbu akan berkata dak eh anak chek baguH. Dailog biasa kita dengar.Tipu kolej, tipu cikgu tipu kawan-kawan? Malanglah si gadis kerana mencari sedikit keseronokan sanggup mengetepikan Agama agaknya di mana harga diri.Pasal perempuan sekejap tutup sekejap buka ni biasalah kita jumpa. Adakala nak tutup aurat pakai tudung tapi pakaian ketat dan sengkat. Rasanya ramai lagi tak tahu apa itu aurat.Cakap-cakap, pasal sigadis tadi agak-agaknya boyfriend dia suruh ke? Kalau dia ikut naya le. Kalau dia sendiri yang nak buka 2 kali naya.  Semoga kita tidak jadi penipu macam gadis tu. Sekarang dia tipu emak ayah satu masa nanti mungkin dia boleh tipu boyfriend atau suami dia.  Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat Munafik dan buruk akhlak serta kesempitan rezeki.  Amin.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan