Sejak awal puasa 2010 tak telan dah 2 benda ni Hydrochlorzide-25mg dan Me toprolol Tartrate, tanpa nasihat Doktor. Buat ujian darah OK tak le tinggi sangat walau pun melantak dari mula sywal hingga ke 29syawal. Alhamdulillah. Semoga kesihatan berpanjangan. Baru ni Biado Ho berdua telah menyertai satu projek Perubatan Peringkat Kebangsaan dinamakan The Malaysian Cohort di Tmn Sejati. Hasilnya..
Pereksa punya hal lemak ada tinggi. Kena bagi turun. Tapi kalau nampak menarik punya makanan mana boleh tahan.
Tambah pula ada kenduri Minyak dan lemak menu utama
Ariff Husaini kata lepas makan kita main Golf. Mana maunya. Buang sekilo makan 3 kilo.
Bagai mana kalau kita pergi kenduri minum sahaja macam dua orang ni. Betul ke tengok aja. Atau nak tu Topup.
Sebaiknya mari kita buat kayuhan. Oleh kerana lemak dan BMI tinggi Biado Ho telah mulakan kayuhan. Walaupun sudah hampir 7 bulan tidak mengayuh. Alhamdulillah kayuhan pertama telah dapat 20 km dan 3 hari mengayuh telah dapat 70km. Cuma masa sahaja yang perlu di baiki. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan