Isnin, 11 Oktober 2010

Pantun Penjual Buku

Cakap  DAN Pandang
Rindu nak berjumpa kawan-kawan lama di Tikam Batu. Singgah sebentar kena Teh tarik dikedai E matpot. Alhamdulillah jumpa kenalan lama. Cakap-cakap yang menarik kali ini pasal JapaQ.Masa kecik-kecik dulu di Ayer Tawan ada sebuah kedai buku "Kamalam Store" inilah satu-satunya kedai buku yang ada di pekan Ayer Tawar. Tempat tumpuan orang Ayer Tawar membeli peralatan tulis dan buku. Tak pasti kedai ni masih adalagi ke tidak. 
JapaQ berniaga kedai makan disamping tu mejual surat khabar dan buku-buku. Lama dah dia berniaga Biado Ho sampai di Tikam Batu tahun 80an dia dah berniaga sampai sekarang, agak-agaknya 30 tahun lebih. Masa perniagaannya maju, beliau ada seorang pembantu cukup rajin punya, kedai makan dan jualan suratkhabar dia yang urus. Tuptup anak muda ni berhenti dan pergi Kekota Raya KL. Konon ceritanya pasai Cinta ditolak anak taukey. Cakap-cakap dengar sejak ketiadaan Jejaka ini perniagaan mula merosot. Cakap pasal Si JapaQ masa dulu bila orang membaca majalah dan suratkhabar jualannya,  tanpa membeli.  Keluarlah pantun ni.
                                   RAJIN MEMBACA
                              KURANG MEMBELI
                                  KAMU SUKA
                              AKU RUGI
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan