Sabtu, 23 Oktober 2010

JUMAAT

"Budak-budak diatas tu jangan bising, ha tengok tu ada lagi yang berdiri dan berjalan"
Amaran tok siak dengan suara agak "garang" dan keras,
Masjid 2 tingkat, diatas tempat kanak-kanak bersembahyang ada juga orang dewasa terlepas keatas.
Setiap kali Jumaat inilah pesanan tok siak - budak-budak tetap bising dan bercakap juga. Selepas azan kedua, sebelum khatib membaca khutbah, siak sekali berpesan kepada jemaah, supaya jangan berkata-kata semasa khatib membaca khutbah dan membaca hadis  Semasa Imam berkhutbah, kalau engkau berkata kepada sahabat mu "diam' sekali pun maka sesungguhnya sia-sialah Jumaat kamu.  -riwayat  Bukhari.
Yang dikatakan budak-budak  akal tak sempurna lagi  + hukum tak pakai lagi = sembahyang tak  wajib.
Bapak tak awasi anak + pegawai masjid tak memantau = budak-budak bising.
Tok siak marah budak-budak + bapak terasa = tak mau datang masjid
Orang tak datang masjid + jemaah tak ada = Islam lemah.
" Wahai orang-orang yang beriman' apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat,  maka bersegeralah kepada  perig mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"   - Al-Jumu'ah ayat 9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan