Selasa, 2 November 2010

Nak PeKena oRang

Pandang dan cakap kita kali ni, berkenaan seorang Tauke kedai emas, baru balik dari melancong di Bandong Indonesia, habis berjuta. "Katanya"  tidak semacam melancong di Mesir dan Dubai hanya habis ribu sahaja. Di Mesir "katanya", tidor diatas kapal di Laut Merah lebih murah dari tidor Hotel diatas darat. Di Dubai "katanya", sempat melawat tempat menjual emas, "punya le banyak kedai menjual emas" (semacam tempat jual kain di Nilai) kira-kira ada tiga ratus buah kedai. Bayangkan "katanya" setiap dinding-dinding kedai dilekatkan almari pameran di penuhi dengan Emas. "Katanya" kira ratus tan punya emas ooooooo. (Nilai pun tak pernah pi). Tapi ceritanya punya banyak emas tu bolehlah  bayangkan, tambah kalau disinari dengan cahaya lampu tentu lebih menarik  Lupakan cerita pasal Mesir dan Dubai. Tanya Tauke pasal apa Bandung habis juta, main judi ke?. 'Hai ya' judi jangan main 'O', saya tarak main judi. Ini judi 'a', serupa kita tengok awan di langit, kita tengok  ada awan, sat saja dia sudah pergi. Duit judi itu macam la, sat mari sama kita, kemudian itu duit sudah pergi (kalah). Habis Tauke cakap pergi Bandung habis juta. 'haiya' bukan Juta Ringgit 'la'. Juta Rupiah looo. Seronok juga pekena orang.
Seronok juga pekena orang.
Teringat masa kecik-kecik dulu baca cerita Si anjing dengan Si Bangau. (cerita ingat-ingat lupa). Pendek ceritanya. Si Anjing mengajak Bangau makan kerumahnya, sampai di rumah Si Anjing menghidangkan makanan didalam pinggan, si Bangau pun tak boleh le nak ambil makanan. Sampai giliran si Bangau mengajak si Anjing makan kerumahnya, si Bangau pula menghidangkan makanan didalam Botol  lubang kecil, si Anjing pula tidak dapat menjilat air didalam botol- Rasanya cerita ni semua orang tahu. Apa yang nak diHabak ni berkenaan kita le. Aajak Hindu makan kerumah kemudian hanya dihidangkan daging lembu aja, dia nak makan apa. Atau pun kita hidangkan makanan seafood untuk suami sadangkan kita tahu suami ada penyakit Kurap dan gaut. manalah dia boleh makan. Buat penat kita masak aja. Ajak budak-budak sekarang makan bubur, jawabnya Wassalam le. Terima kasih Dah masuk Maghrib. Itu le namanya nak pekena orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan