Ari tu lepas sembahyang Zohor di Masjid Abdul Rahman (1939)
Sg. Petani. Nampak le pelajar sekolah KJ di tempat Paker Motosikal, salah
seorang ada rokok di tangan. Apalagi agenda nak mengempaQ budak pun dilakukan.
H- Hang buang rokok tu, dengan muka seriuesssss.
B-Apa pasal pulak, saya dah 18 tahun.
H-(dlm hati betul juga budak ni dah 18 th) Hang sekolah lagi, pakai baju
sekolah.
B-Dah habis sekolah.
H-(dlm hati kemeh jugak budak ni) Ini kawasan masjid di larang
merokok.
B-(terdiam rokok masih di tangan)(tak tau apa yang di fikirkannya)
H-(dlm hati nampaknya aku menang) Tak malu ke? Kawan-kawan
semua tak merokok. Awak seorang aja merokok.
Rokok tetap di tangan menunjukkan kedegilan. (dlm hati kalau
dah tak mau dengar nasihat baik aku belah, mungkin dah dapat lesen bapanya agaknya)
Dalam kereta, fikiran pun melayang. Mengapa aku tidak
perokok?. Teringat masa aku kecik-kecik, arwah Wak Imah (jiran kg) selalu
memanggil “Ooo Wak mari kojep, tolong poie kodai kojap boli rokok”(lorat
panai), Nak kata rokok ni dah kenal sejak kecik lagi, tapi tak jadi perokok pun.
Abah seorang perokok tegar anak-anak tak perokok. Tapi yang diasuh Ibubapa,
keluarga dan masyarakat masa tu "BUDAK-BUDAK MEROKOK ADALAH MANJADI SATU
KESALAHAN BESARl".
Fikiran melayang lagi, teringat Hadis Rasululah SAW “Barangsiapa
di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan tangan (kuasa),
jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang
demikian ini selemah-lemah iman”.
Aku tang mana?
Fikiran melayang lagi tadi kalau aku berkeras pun pasti budak
tu takkan buang punya, rokok sebatang pun dah hampir seringgit. Rasanya nak ku
sumbat Mulut budak tu macam ni.
Tapi teringat pula hadis Rasulullah SAW.
“Barangsiapa membetulkan orang bid’ah, Allah akan memenuhi
hatinya rasa aman dan iman. Barang siapa menghinanya, Allah akan
menyelamatkannya dari hari kiamat. Barang siapa melakukan amar makruf nahi
munkar, dia khalifah Allah di muka bumi, malah khalifah kitab dan khalifah
rasulnya”
Rabu ni 10 zulhijjah 1431H Kita akan menyambut hari Raya Qurban. Ia itu hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Apa yang BIADO HO nak peringatkan jangan kita lupa berdoa dan berpuasa pada 9zulhijjah "Daripada Abi Qatadah bahawa Nabi SAW ditanya mengenai puasa pada hari Arafah. Baginda menjawab, Ia menghapuskan disa yang dikerjakan pada tahun yang lalu dan tahun yang akan datang (Riwayat Muslim)
SELAMAT ................Eid Al Adha Mubarak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan